Pendidikan Kassim Ahmad

Kassim berasal dari Kulim, Kedah tapi bekerja di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau belajar di Universiti Malaya,Singapura dan aktif dalam University Socialist Club. Disertasi beliau bertajuk 'Perwatakan Hang Tuah' pada tahun 1950-an mencabar persepsi tradisional Melayu bahawa Hang Tuah seorang hero.

Beliau dan Hassan Ahmad antara 13 mahasiswa UM Singapura yang menentang cara pengajaran dan sistem pengajian Melayu di universiti ketika itu. Malah pernah berucap bagi pihak kumpulan 13 menyeru supaya diwujudkan suatu sistem pengajian terbuka.[3]

Beliau, melalui puisi dan kegiatan sastera, menggesa masyarakat yang tertindas bangkit menuntut pembelaan. Tokoh lain yang sealiran ialah Usman Awang, Baha Zain, Kemala, Ali Ahmad, Nik Mohammad Zain, Alis Murni, Yahya Ismail, Mohd Affandi Hassan dan Abdul Ghafar Ibrahim yang menghasilkan puisi Telok Gong (1967), Suara Tujuh (1973), Kemarau Di Lembah (1967) dan Keranda 152.